Come up to meet you, tell you I'm sorry
Ku datang menemuimu,
untuk ku ungkapkan maafkanku
You don't know how lovely you are
Dikau tak sedar betapa
ayunya dirimu
I had to find you
Aku perlu
mendapatkanmu
Tell you I need you
Katakan padamu
aku memerlukan mu
Tell you I set you apart
Katakan padamu bahawa
dikaulah pilihanku
Tell me your secrets
Katakanlah segala
rahsia sulit mu
And ask me your questions
Dan ajukan
padaku segala persoalanmu
Oh, let's go back to the start
Oh, marilah kembali ke permulaannya
Oh, marilah kembali ke permulaannya
Running in circles
Berlari-lari dalam
lingkaran
Coming up tails
Hanya seperti
mengejar penghujung ekor sendiri
Heads on a science apart
Betapa
berbezanya fikiran antara kita
Nobody said it was easy
Tiada siapa
berkata ia sesuatu yang mudah
It's such a shame for us to part
Adalah sesuatu
yang mengaibkan atas perpisahan kita
Nobody said it was easy
Tiada siapa
berkata ia sesuatu yang mudah
No one ever said it would be this hard
Tiada siapa yang
pernah katakan ia sungguh sukar sebegini
Oh, take me back to the start
Oh, bawalah aku kembali
ke permulaan
I was just guessing
Aku hanya
sekadar berteka-teki
At numbers and figures
Terhadap nombor
dan angka
Pulling the puzzles apart
Malah
menambahkan lagi keserabutan / kebuntuan
Questions of science
Persoalan dari
sudut sains
Science and progress
Sains dan progress
/ kemajuan
Do not speak as loud as my heart
Tidak selantang
suara hatiku
Tell me you love me
Katakanlah
padaku yang kau mencintaiku
Come back and haunt me
Kembalilah untuk
menghantui diriku
Oh, and I rush to the start
Oh, dan akan ku segera
ke permulaan semula
Running in circles
Berlari-lari dalam lingkaran
Berlari-lari dalam lingkaran
Chasing our tails
Mengejar ekor sendiri
Coming back as we are
Kembali semula sebagai
diri kita (yang dulu)
Nobody said it was easy
Tiada siapa
berkata ia sesuatu yang mudah
It's such a shame for us to part
Adalah sesuatu
yang mengaibkan atas perpisahan kita
Nobody said it was easy
Tiada siapa
berkata ia sesuatu yang mudah
No one ever said it would be so hard
Tiada siapa yang
pernah katakan ia rupanya sungguh sukar
I'm going back to the
start
Aku sedang menuju
kembali ke permulaan
ULASAN:
Saya berpendapat bahawa lagu ini mengisahkan tentang sebuah hubungan yang telah hancur dimana seorang lelaki yang telah berpisah dengan wanita pilihannya begitu menyesali perpisahan tersebut. Punca perpisahan itu lebih merujuk kepada sikap si lelaki yang acuh tak acuh dan terlalu mengambil mudah hubungannya bersama wanita tersebut sebelum ini. Lelaki itu yang menyedari betapa besar kesilapannya kini mencuba untuk memadam segala kesilapan itu dan berusaha untuk memulihkan keadaan agar kembali seperti dahulu dimana wanita itu sangat menyayanginya dan meluahkan segala rahsia isi hatinya serta soalan-soalan percintaan yang cukup indah bagi pasangan yang dilamun cinta. Diibaratkan lelaki itu adalah dunianya si wanita itu melambangkan betapa besarnya cinta si wanita terhadap lelaki itu pada awalnya dengan betapa tingginya sikap ingin tahu wanita tersebut terhadap kehidupan si lelaki itu dengan harapan lelaki tu menyedarinya.
Tetapi malangnya, si lelaki itu menyedari segala-galanya tentang kasih wanita itu hanya selepas segalanya berakhir dimana lelaki itu kini tidak dapat lagi mendengar soalan-soalan cinta dari si wanita serta rahsia-rahsia hati wanita tersebut walaupun kenangan itu cukup menyeksa dan menghantui jiwa dan fikiran lelaki itu.
Kini lelaki itu mulai faham betapa dia tidak mengambil berat kasih sayang wanita itu dahulu dan lebih gemar melihat sesuatu serta hubungan mereka dahulu dari sudut saintifik, statistik dan logik akal semata-mata berbanding elemen emosi perasaan di jiwa yang turut sangat penting untuk memahami isi hati wanita yang pernah menyayanginya satu masa dahulu.
Walaubagaimanapun, dari lirik lagu ini dapat saya simpulkan bahawa segalanya mungkin telah terlambat buat lelaki itu untuk memulihkan keadaan walaupun sebesar gunung usaha yang diberi kerana hubungan cinta yang indah dahulunya sekadar ditentukan oleh sikap terlalu saintifik dan logik si lelaki semata-mata sedangkan logikal SAINS dan rasa CINTA adalah dua perkara yang sukar untuk bersama. Oleh itu, bagi saya fahamilah sains untuk cinta, bukan cinta untuk sains. Fuhh.. Faham ke tak?
No comments:
Post a Comment